BURUNG RUAK-RUAK/AYAM-AYAM

BURUNG RUAK-RUAK/AYAM-AYAM

Sebut sahaja burung wak-wak akan tergambar dalam minda tentang sejenis burung yang pernah menjadi hidangan kegemaran orang kita pada suatu ketika dahulu. Kini, sekadar cerita-cerita oleh pakcik dan makcik atau datuk nenek yang pernah tinggal di kampung dan pernah makan burung wak-wak atau yang biasa dengan memburu haiwan di hutan.

Wak-wak adalah sejenis spesies burung seakan-akan ayam, berekor pendek dengan hampir keseluruhan badannya berwarna hitam dan berdada putih. Perbezaannya dengan burung puyuh pula, saiz wak-wak besar sedikit.

Burung yang dipanggil ruak-ruak ini juga dikenali dengan nama burung ayam-ayam. Burung ini memang sering dianggap seperti ayam kerana memang jarang sekali terbang seperti burung. Kalau diserang musuh atau terganggu, burung ruak-ruak akan pantas menyusup ke dalam semak atau ligat berlari menjauhkan diri daripada pemangsa.

Daging burung ruak-ruak boleh dimakan. Bahkan sering kali khasiat dagingnya dicari orang yang menjadikannya sebagai ubat pelbagai penyakit namun kemujarabannya belum dapat dipastikan. Dalam bidang penulisan, sering sekali kita akan membaca atau mendengar cerita-cerita rakyat yang menggunakan watak-watak binatang sebagai pengantar nilai-nilai tertentu. Ruak-ruak tidak terlepas dijadikan watak dalam cerita dongeng sebuah masyarakat Mentawai, satu daerah kepulauan kecil di pantai barat Sumatra.

Meskipun burung ruak-ruak sering kelihatan merayap-rayap di pinggir hutan, sungai atau semak ini sukar ditangkap, masyarakat Melayu telah lama meningkatkan kemahiran dalam ilmu mendenak burung ini.

Kemahiran dan kebijaksanaan orang Melayu dalam memahami tabiat dan kehidupan binatang membezakan kita daripada para pencinta dan pengkaji haiwan dari negara barat. Ada tiga perkara utama yang menggalak kemahiran tersebut, iaitu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan sebagai makanan, hiburan dan perubatan.

Orang Melayu mengenali dan memahami bagaimana hendak memilih haiwan yang baik untuk dipelihara dengan melihat ciri-ciri burung wak-wak yang sesuai untuk dijadikan burung pemikat. Ciri-ciri yang dilihat terletak pada kakinya, lututnya, bentuk badannya, kepalanya, sauknya, paruhnya, suaranya, ragam bunyinya dan lain-lain lagi yang saya tidak ketahui.

Author: jordan smith

Jordan memulai hasratnya untuk menulis sebagai penggemar olahraga. Anda akan melihatnya meliput beberapa liga bola basket selalu mencari cerita yang bagus untuk diceritakan. Dari waktu ke waktu, ia juga membenamkan diri dalam penulisan untuk olahraga lain seperti MMA dan Sepak Bola.